Bahan-bahan :
150 g mentega
185 g tepung naik sendiri
150 gram gula kastor
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur
1 sudu teh vanilla
Untuk ising :
100 g mentega
200 g gula ising
2 sudu kecil air panas
1 sudu kecil esen vanilla
chocolate rice utk tabur
Cara-cara :
- Pukul butter dan gula hingga kembang dan gebu (warnanya bertukar menjadi kuning keputih-putihan)
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla.pukul lagi sampai sebati.
- Masukkan tepung yang dicampur dgn soda bikarbonat.
- Adun sebati (semasa proses mencampur adunan tepung,pastikan mixer digunakan pada kadar yang paling perlahan)
- Susunkan kertas kek cawan kedalam acuan. Masukkan adunan hingga 3/4 penuh
- Bakar selama 10 minit dgn suhu 180 C
- Utk ising, pukul mentega dan gula ising hingga kembang dan gebu.
- Masukkan esen dan air panas. Pukul lagi hingga putih dan berkrim.
- Sapukan ising atak kek. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum diletakkan ising.
- Kemudian boleh taburkan manik atau choc rice.