Bahan-bahan (inti) – 45 biji
3-4 biji kentang bersaiz besar – dipotong dadu
200 g daging cincang / daging dipotong dadu
3 ulas bawang merah – dicincang halus
1 ulas bawang putih – dicincang halus
2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar cili kisar
1 kiub pati daging
5-6 helai daun kari
1 cawan air
Garam dan gula
Bahan-bahan (doh)
300 g tepung gandum
2 sudu minyak masak
2 sudu mentega
Sedikit garam
1 cawan air sejuk
Cara-cara
- Untuk inti – panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan daging cincang. Biarkan sehingga hampir masak.
- Masukkan serbuk kari, cili kisar, pati daging dan daun kari. Kacau sehingga sekata.
- Masukkan air dan kentang.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Masak kentang sehingga empuk.
- Untuk doh – gaul tepung dalam mangkuk bersama-sama minyak masak dan mentega yang telah dipanaskan dengan sudu.
- Kemudian masukkan sedikit garam dan air sejuk. Uli sehingga menjadi doh.
- Ambik sedikit doh dan canai/leperkan di atas permukaan yang bertepung.
- Ambil doh yang siap dicanai dan masukkan inti.
- Kelim di bahagian tepi. Saya guna pengepit karipap je, memang cepat tapi mudah terbuka masa goreng.
- Panaskan minyak dalam kuali. Goreng karipap sehingga keperangan.
- Siap untuk dihidangkan.