Bahan-Bahan
1 ekor ayam di potong 2bahagian
3pot beras BASMATI
Air Panas
2sudu minyak masak
1sudu minyak sapi
1batang kayu manis
3biji buah pelaga
2biji bunga cengkih
5labu bawang merah - dipotong dadu
3ulas bawang putih - dipotong dadu
1biji buah tomato - dikisar
2sudu tomato puri
1/5 tsp pewarna kuning (saffron)
2sudu rempah kabsa
1biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya
1biji lada merah (red pepper/capsicum) - dipotong dadu
1batang lobak merah dihiris halus-halus
sedikit biji lada hitam atau serbuk
2batang cili besar merah - tidak dipotong
sedikit kismis
garam secukup rasa
Cara-cara
- Rendam beras basmati dengan air biasa selama 30 hingga 60 minit.
- Tos dan rendamkan lagi dengan air mendidih selama 15 minit dan toskan.
- Panaskan periuk dengan minyak masak kemudian masukkan minyak sapi.
- Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga berbau wangi dan campakkan sebatang kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga.
- Masukkan ayam, saffron, rempah kabsa, tomato kisar, tomato puri, capsicum, lobak merah dan gaulkan dalam periuk.
- Kemudian campakkan lemon hitam dan taburkan garam secukup rasa berserta kismis.
- Masukkan air panas mendidih secukupnya dan masukkan beras yang sudah ditoskan tadi.
- Tutup periuk rapat dan kuatkan api selama lebih kurang 10minit sehingga air menjadi kurang/kering.
- Campakkan cili besar merah ke dalam periuk. Jangan karis nasi dengan senduk tetapi karis sedikit-sedikit sahaja menggunakan belakang sudu dengan hati-hati supaya nasi tidak jahanam.
- Sekiranya air kelihatan tidak mentanakkan nasi tambah lagi tambah air sedikit demi sedikit dengan air panas mendidih dan tutup periuk.
- Selepas air kering kecilkan api selama 15minit.
- Angkat ayam tadi dan bakarlah dalam 5-10minit dalam foil aluminium dengan kepanasan 200'c.
- Sos - Kisarkan tomato, cili besar hijau, batang ketumbar, gula, garam dan perahan lemon kuning.
- Siap dihidangkan