Bahan-bahan ( 4 - 5 orang )
1/2 kg Udang @ Sotong
3/4 Kubis [terpulang pada korang nak banyak mana]
3/4 Bunga Kubis [terpulang pada korang nak banyak mana]
2 packet jagung kecik [dipotong mengikut kreativiti kalian]
1 biji lobak merah [dipotong mengikut kreativiti kalian]
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Cili boh/ cili mesin
3 helai daun limau purut
2 batang serai
Minyak masak
2 packet Perencah tomyam adabi (paste)
Air + garam + gula + secukup rasa
Cara-cara
- Panaskan periuk sekejap then masukkan 1 senduk minyak, biarkan seketika
- Masukkan 4 sudu biasa bawang yang telah diblend tadi..Kacau sehingga bawang tadi masak kekuningan
- Masukkan 2 sudu cili mesin (klu nak pedas boleh ltk lebih) & masukkan 1 sudu gula...Kacau sehingga menjadi kaler merun
- Masukkan perencah tomyam adabi, Kacau seketika then masukkan air (terpulang pada korang, kalau nak pekat ltk 2liter, klu nak cair letk air lebih skit)
- Masukkan daun limau + serai, lobak + jagung kecik dan biarkan empuk sedikit, then masukkan plak udang @ sotong tak lama pun kan nak masak, so letak lps agak2 sayur da ok..bila udang @ sotong da masak masukkan plak kubis sebab kubis cepat layu kan
- Masukkan laa garam + secukup rasa..Gula tu ltk skit je, takut rase manis plak..Masukkan jugak tomato kalau ada.
- Ok siap di hidang.