Bahan-Bahan
Sup
kepingan ayam bahagian tulang
bawang putih dihiris
halia dihiris
bawang besar dihiris
kulit kayu manis
1 batang bunga lawang
2 kuntum buah pelaga
4 biji
Cara-Caranya:
- Semua bahan di atas direbus sekali sehingga masak tanpa garam.
- Ambil 2 cawan sup dan simpan.
- Kemudian barulah ditambah garam secukup rasa.
- Taburkan daun bawang dan daun sup untuk bau yang lebih enak.
Nasi
2 cawan beras (hidangan 4 orang)
2 cawan air sup (tanpa garam)
bawang besar dihiris
bawang putih dihiris
bunga lawang
2 kuntum kulit kayu manis
1 batang halia dihiris
buah pelaga 4 biji
Cara-caranya:
Sila tumis semua bahan dengan sedikit minyak sehingga garing kecuali sup dan beras
- Masukkan beras yang telah dibasuh, bahan yang telah digoreng dan air sup ke dalam periuk, kemudian bolehlah dimasak (saya menggunakan periuk elektrik, untuk hasil terbaik)
- Sila tambahkan sedikit gula dan garam
- Ayam ambil 8 ketul ayam dan perapkan dengan bahan berikut : bawang besar,1/2 biji bawang putih,10 biji halia 1 inci.
- Bahan ini di tumbuk halus kemudian dimasukkan kedalam ayam
- Masukkan sos tiram sedikit kicap manis gaul semua sehingga sebati perap selama beberapa minit
- Setelah itu barulah digoreng (sila simpan baki perapan ayam tadi untuk dimasak semula).
Sos baki perapan ayam
- Ambil baki perapan tadi dan masak semula
- Sila tambah bahan dibawah : sos tiram, kicap manis, kicap hitam, garam, gula
- Tunggu sehingga mendidih dan angkat
- Kemudian ambil ayam yang telah digoreng dan ketuk (cukup sekadar isi ayam tersebut pecah)
- Ambil sos ini dan curahkan ke atas ayam tadi.
- 8 biji cili hidup dikisar dengan sebiji bawang putih
- air limau nipis (ambil 1/4 daripada sebiji limau)
- garam,gula lagi lama diperap rasa semakin sedap (seeloknya dibuat pada malam hari)
Sayur
Seimbangkan nasi ayam dengan sayur seperti, timun, tomato buah dan juga salad.