Bahan-Bahan:
1 ¼ cawan tepung serba guna
2 sudu besar serbuk koko
½ sudu kecil Baking Powder
½ sudu kecil Baking Soda
¼ sudu kecil Garam
¼ cawan mentega (tanpa garam), lembut pada suhu bilik
¾ cawan gula
¾ cawan Buttermilk
1 telur
1 sudu kecil Vanilla Extract
Pewarna merah utk makanan
Untuk icing/frosting,
2 cawan gula icing
4 oz Cream Cheese, suhu bilik
2 sudu besar mentega tanpa garam, lembut pada suhu bilik
1 sudu besar susu segar
1 sudu teh Vanilla Extract
Cara-caranya:
- Panaskan oven ke 350 degrees. Masukkan cawan cupcake dalam acuan muffin.
- Di dalam mangkuk kecil, campurkan kelima-lima bahan-bahan paling atas (tepung serba guna, serbuk koko, Baking Powder, Baking Soda, Garam) dan ketepikan.
- Putar gula dan mentega di dalam mangkuk lain menggunakan mixer sehingga gebu. Masukkan telur dan vanilla dan campurkan sehingga sekata dan berkrim.
- Dengan menggunakan mixer perlahan, masukkan separuh bahan kering dan separuh buttermilk, pastikan digaul rata.
- Lepas tu, masukkan bahan kering yg selebihnya dan buttermilk sehingga adunan rata, tapi jangan terlebih pukul. Guna spatula untuk memastikan adunan di bawah & tepi mangkuk dicampur rata. Masukkan pewarna merah mengikut citarasa anda.
- Dengan menggunak scoop icecream, masukkan adunan dalam loyang dan bakar 18-22 minit atau apabila dicucuk dengan pencungkil gigi, ianya bersih. Biarkan sejuk.
- Untuk membuat icing, masukkan semua bahan icing dalam mangkuk mixer dan pukul sehingga rata dan pekat. Hiaskan cupcake anda.
- Biarkan sejuk dalam peti sejuk selama 10-15 minutes agar icing tersebut keras sedikit.