Bahan-bahannya :
4 ekor ketam,dibasuh dan diketuk
* 1 biji bawang besar
* 2 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia
* 9 ulas cili padi
Sebatang serai
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
2 keping asam gelugur
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam
Cara-caranya :
- Kisar semua bahan bertanda *.
- Tumis bahan kisar hingga naik minyak.
- Masukkan santan cair,serai, kunyit,asam gelugur,garam dan ketam.Kacau.
- Masukkan santan pekat.Kacau sentiasa sehingga masak.